Tuesday, July 7, 2009

Ahli baru Patologi


Syukur..kami di jabatan patologi menerima saudara baru..alhamdulillah salah seorang staff jabatan patologi Pn Suhainizah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 5.10 pagi tadi.Alhamdulillah juga Pn Suhainizah dan bayi berada dalam keadaan yang baik.

Kami di jabatan patologi mendoakan agar Pn Suhainizah selamat menjalani cuti bersalin selama 2 bulan dan jangan lupa untuk memaklumkan nama baby tu kepada kami..

Buat semua staff patologi yang ingin memberi hadiah yang best2..bolehlah datang terus ke rumah Kak Su.Sesaper yang nak bagi kasut bola juga boleh di alu-alukan..he3...

Saturday, July 4, 2009

pelatih Latihan Industri


Pada setiap tahun pihak patologi HTI menerima pelatih dari setiap pelusuk negeri dan juga semua Universiti dan juga Kolej Swasta untuk menjalankan latihan industri di sini.Kami menerima pelatih dari :

a. Kolej Teknologi Makmal Perubatan KL
b. Universiti Kebangsaan Malaysia
c. Universiti Putra Malaysia
d. Kolej PTPL
e. MSU ( Management & Sains Universiti )

Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan Patologi untuk melatih dan memberi gambaran sebenar mengenai misi dan visi jabatan Patologi.Piahk Patologi memberikan satu didikan asas mengenai kerja-kerja yang di lakukan oleh Para MLT dan juga PTMP.

adalah menjadi satu kebanggaan bagi pihak kami menerapkan satu budaya kerja yang positif dan kritis untuk bekalan pelatih-pelatih ini dalam mengharungi situasi kerja.