Wednesday, April 29, 2009

Kursus Pre Analitikal



Pada satu tarikh yang aku tak pasti..satu Kursus Pre analitikal telah di jalankan dan di langsungkan di Dewan Jauhari Hospital Teluk Intan. Kursus ini telah di hadiri oleh semua petugas hospital dan juga staff dari Semua Klinik di daerah Hilir Perak.

Pengisian Program ini telah di rancang dan di rasmikan oleh Pn Nurasyikin sebagai Ketua Jabatan Patologi dengan jayanya.

Sambutan ini memang amat menggalakkan dari semua pihak.Respon yang di terima adalah bagus dan menarik.Ini memberi satu lagi semangat untuk jabatan Patologi meneruskan idea ini dan menjadikan ini salah satu program wajib setiap tahun untuk patologi

Saturday, April 25, 2009

Pertandingan Bowling


Dalam menjayakan hasrat kerajaan untuk semua kakitangan aktif dalam aktiviti sukan..pihak patologi telah menghantar 2 pasukan bowling. pertandingan bowling ini di anjurkan oleh Kelab Sukan HTI yang berlangsung dengan jayanya di Lumut Bowl.

Pertandingan ini di sertai oleh semua jabatan dalam HTI dan sambutan yang di berikan adalah sangat meriah.

Pertandingan ini di menangi oleh jabatan akaun.Tahniah untuk mereka semmua..

tahun depan kami masuk lagi untuk menang...panassss..

Thursday, April 16, 2009

Dari Kluang ke Teluk Intan


Debaran menanti pengganti En Nubli selaku Pegawai Sains C41 Biokimia telah terjawab sudah.Ketibaan Cik Rafidah melaporkan diri pada 16 April 2009 telah merungkai segala tanda tanya kami di Jabatan Patologi.

Beliau sebelum ini bertugas di Hospital Kluang Johor dan akhirnya dapat pulang ke kampung halaman untuk menabur bakti.Kepada Cik Rafidah semoga berjaya dan sabar mengharungi liku2 kerja di Teluk Intan.Kuatkan semangat dan jangan lupa masak bihun sup untuk kami sumer..:)

So selamat bertugas dan ceria-ceria selalu...