Wednesday, September 18, 2013

Bertemu Kembali

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam 1 Malaysia..Salam Perak Aman Jaya..

     Syukur alhamdulillah hasil program gotong royong mengemas bilik makmal dadah pada hari ini telah menemukan kembali pihak admin dengan laman web ini..terlalu banyak masa yg telah berlalu dan admin sedang cuba untuk belajar kemabli ber blogging agar blog ini kembali hidup dan lebih ceria..doakan blog ini kembali segar denan idea2 baru..terima kasih


Saturday, August 22, 2009

Dari Gelaran Cik ke Puan


Pada 15 Ogos yng lepas pihak Makmal Kimiahayat sekali lagi menerima saudara baru dalam Jabatan Patologi.Cik Rafidah selaku Pegawai Sains C41 Kimia Hayat telah melangsungkan perkahwinan belliau dengan jejaka pilihan hatinya.Bertempat di Kg Kota Bharu gopeng berlangsungnya majlis gilang gemilang ini.

Majlis ini dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat dari jabatan patologi.harapan kami semua agar Pn Rafidah gembira dan bahagia selalu sehingga ke akhir hayat

Sambutan Hari Lahir


Bersamaan dengan 10 ogos 2009 genaplah umur En Sulaiman 57 tahun.Sedikit jamuan ringan telah di adakan bertujuan untuk meraikan beliau.Disamping itu juga pihak makmal integrasi bersama-sama mengucapkan selamat hari lahir kepada en sulaiman dan harapnya beliau akan sentiasa sihat dan gembira menunggu hari pencennya tahun hadapan..

Tuesday, July 7, 2009

Ahli baru Patologi


Syukur..kami di jabatan patologi menerima saudara baru..alhamdulillah salah seorang staff jabatan patologi Pn Suhainizah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 5.10 pagi tadi.Alhamdulillah juga Pn Suhainizah dan bayi berada dalam keadaan yang baik.

Kami di jabatan patologi mendoakan agar Pn Suhainizah selamat menjalani cuti bersalin selama 2 bulan dan jangan lupa untuk memaklumkan nama baby tu kepada kami..

Buat semua staff patologi yang ingin memberi hadiah yang best2..bolehlah datang terus ke rumah Kak Su.Sesaper yang nak bagi kasut bola juga boleh di alu-alukan..he3...

Saturday, July 4, 2009

pelatih Latihan Industri


Pada setiap tahun pihak patologi HTI menerima pelatih dari setiap pelusuk negeri dan juga semua Universiti dan juga Kolej Swasta untuk menjalankan latihan industri di sini.Kami menerima pelatih dari :

a. Kolej Teknologi Makmal Perubatan KL
b. Universiti Kebangsaan Malaysia
c. Universiti Putra Malaysia
d. Kolej PTPL
e. MSU ( Management & Sains Universiti )

Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan Patologi untuk melatih dan memberi gambaran sebenar mengenai misi dan visi jabatan Patologi.Piahk Patologi memberikan satu didikan asas mengenai kerja-kerja yang di lakukan oleh Para MLT dan juga PTMP.

adalah menjadi satu kebanggaan bagi pihak kami menerapkan satu budaya kerja yang positif dan kritis untuk bekalan pelatih-pelatih ini dalam mengharungi situasi kerja.

Wednesday, May 13, 2009

Majlis Perpisahan En Nubli


satu perpisahan..pihak patologi telah kehilangan salah satu staff yang cukup dedikasi pada tugasnya.Beliau adalah en nubli bin shuhaimi yang bertugas sebagai pegawai sains di jabatan kimiahayat.Beliau telah bertukar ke Jabatan Patologi HKL pada tarikh yang aku dah lupa..

so untuk en nubli...ganbate dari kami..jgn nakal2 kat sana...

Tuesday, May 12, 2009

keupayaan di pertingkatkan


bagi menambahkan lagi keupayaan dan efisiensi jabatan patologi, unit kimia hayat telah menaikkan taraf mesin yang ada dengan menukarkan mesin AU640 kepada AU2700. ini adalah bertujuan untuk menampung beban kerja yang semakin banyak dan meningkat setiap hari

Mesin ini berkeupayaan untuk menjalankan 2000 ujian untuk tempoh satu jam.Harapan kami agar keupayaan ini mampu memudahkan kerja kami dan secara tidak langsung mampu mencapai visi dan misi kami.

Wednesday, April 29, 2009

Kursus Pre Analitikal



Pada satu tarikh yang aku tak pasti..satu Kursus Pre analitikal telah di jalankan dan di langsungkan di Dewan Jauhari Hospital Teluk Intan. Kursus ini telah di hadiri oleh semua petugas hospital dan juga staff dari Semua Klinik di daerah Hilir Perak.

Pengisian Program ini telah di rancang dan di rasmikan oleh Pn Nurasyikin sebagai Ketua Jabatan Patologi dengan jayanya.

Sambutan ini memang amat menggalakkan dari semua pihak.Respon yang di terima adalah bagus dan menarik.Ini memberi satu lagi semangat untuk jabatan Patologi meneruskan idea ini dan menjadikan ini salah satu program wajib setiap tahun untuk patologi